Gleneagles JPMC

Gleneagles JPMC (nama penuh Pusat Jantung Gleneagles JPMC; dari bahasa Inggeris Gleneagles JPMC Cardiac Centre) merupakan sebuah hospital pakar swasta di Brunei khusus bagi perkhidmatan klinikal tertiari berkaitan penyakit jantung.[1] Ianya merupakan salah satu pusat perubatan di bawah pengurusan Parkway Pantai, kumpulan penjagaan kesihatan swasta dari Singapura.